Kelindan maut, pemandu cedera - Utusan Malaysia

Kelindan maut, pemandu cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Julai – Seorang kelindan lori maut manakala pemandunya cedera selepas kenderaan dinaiki mereka dilanggar bahagian belakang oleh sebuah lori tangki di Kilometer 437.2 di Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara berdekatan Sungai Buaya di sini hari ini.

Mangsa N. Premkumar, 27, maut ditempat kejadian selepas mengalami kecederaan di dada dalam kejadian pukul 9.50 pagi tadi dan pemandu lori tersebut, G. Sujhakgar, 24. patah kaki kanannya.

Difahamkan pemandu lori tangki , Shahrol Zaman Kamarudin, 31, yang terlibat dalam kemalangan tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintenden Azman Shari’at mengesahkan kejadian dan menjelaskan bahawa kemalangan tersebut berlaku semasa lori bersaiz tiga tan yang dinaiki kedua-dua mangsa menyusur keluar dari hentian Rehat dan Rawat Rawang ke jalan utama.

“Mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh bagi menjalani proses bedah siasat dan kes disiasat dibawah Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN