Turun had umur pengundi, idea baik namun perlukan masa - Utusan Malaysia

Turun had umur pengundi, idea baik namun perlukan masa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Julai – Cadangan pelbagai pihak untuk menurunkan had umur layak mengundi daripada 21 ke 18 tahun merupakan sebuah idea yang baik namun sukar dilaksanakan.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sin Chee Keong menjelaskan, beliau menyokong cadangan tersebut namun ia memerlukan masa untuk dilaksanakan kerana akan memberikan pelbagai cabaran yang besar kepada kerajaan.

“Untuk merealisasikan hasrat tersebut kajian terperinci perlu dilaksanakan sebelum satu keputusan diambil bagi memastikan had umur yang benar-benar sesuai bergelar pengundi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Banyak cabaran yang harus ditempuh malah untuk melaksanakan hasrat tersebut selain kerajaan, persatuan belia juga perlu memainkan peranan,” katanya ketika sidang akhbar selepas melancarkan Logo Sambutan 7 Dekad Majlis Belia Malaysia (MBM) di Akademi Latihan Pendidikan Vokasional (VETA) Semenyih, dekat sini, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN