Kementerian kerja raya kaji semula semua projek infrastruktur - Utusan Malaysia

Kementerian kerja raya kaji semula semua projek infrastruktur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU MAUNG – Kementerian Kerja Raya akan mengkaji semula semua projek infrastruktur yang telah diluluskan sebelum ini bagi mengenal pasti tahap keperluannya.

Menteri Kerja Raya, Baru Bian berkata, kementerian itu bertanggungjawab untuk membina infrastruktur yang baik bagi meningkatkan taraf hidup rakyat dan sehubungan itu keutamaan akan diberi kepada projek-projek yang diperlukan oleh rakyat.

“Selepas empat hari memegang jawatan menteri, saya difahamkan terdapat beberapa projek kategori kritikal dan sangat kritikal yang perlu diberi keutamaan demi kebaikan rakyat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan projek menaik taraf jalan negeri di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, fokus Kementerian Kerja Raya kini ialah kepada projek-projek infrastruktur, hospital, sekolah dan bekalan air bersih khususnya di Sabah dan Sarawak.

“Bukan sahaja Sabah dan Sarawak akan diberi keutamaan, negeri-negeri di Semenanjung juga akan diberi perhatian supaya semua projek infrastruktur akan memberi impak yang baik kepada semua rakyat Malaysia,” katanya.

Bagaimanapun, Baru berkata, projek yang telah ditandatangani perjanjian dan diberikan kepada kontraktor yang sepatutnya, akan diteruskan kecuali ada isu yang dibangkit mengenai projek berkenaan. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN