Pakatan Harapan letak calon PKR di Sungai Kandis - Utusan Malaysia

Pakatan Harapan letak calon PKR di Sungai Kandis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 6 Julai – Pakatan Harapan akan meletakkan calon dari PKR untuk bertanding bagi kerusi DUN Sungai Kandis pada Pilihan Raya Kecil (PRK) akan datang.

TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD
TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD

Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution telah meminta PKR Selangor untuk memberikan senarai nama calon dari negeri tersebut.

“Belum ada lagi senarai pendek (calon), tetapi akan letak calon dari PKR. Apabila telah mendapat nama barulah kita akan umum nanti.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain itu, Pakatan Harapan akan terus menggunakan logo PKR pada PRK nanti kerana logo Pakatan Harapan masih belum biasa digunakan lagi,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Yang hadir sama, Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Presiden Amanah, Mohd. Sabu; Naib Pengerusi DAP, M. Kulasegaran; Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah dan Saifuddin Nasution.

Kerusi DUN Sungai Kandis ketika ini kosong setelah Mat Shuhaimi yang juga bekas Setiausaha Politik Menteri Besar semasa pentadbiran Datuk Seri Mohamed Azmin Ali itu meninggal dunia akibat menghidap kanser limfoma tahap empat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN