Status tanah sudah dimaklumkan kepada KL Karnival - PSM - Utusan Malaysia

Status tanah sudah dimaklumkan kepada KL Karnival – PSM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Julai – Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) menjelaskan bahawa syarikat KL Karnival Sdn. Bhd. (KL Karnival) sudahpun dimaklumkan lebih awal berkenaan status tanah di Taman Sukan Ekstrem Nasional yang terlibat dalam proses pertukaran tanah (land swap) untuk projek pembangunan KL Sports City.

Badan itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, ia setelah mengambil kira cadangan tempoh masa penggunaan tapak untuk penganjuran KL Karnival berkenaan.

Kata kenyataan itu lagi, pihak KL Karnival juga telah dibenarkan untuk beroperasi seperti biasa walaupun sebahagian keluasan tapak sedang dalam kerja-kerja untuk menyediakan tempat meletak kenderaan bagi kegunaan semasa temasya Sukan SEA 2017.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kerja-kerja ini dibuat selepas berbincang dan mendapat persetujuan daripada pihak KL Karnival. Suka dijelaskan di sini juga bahawa, penamatan operasi penganjuran KL Karnival adalah disebabkan oleh kegagalan pihak syarikat untuk mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam surat tawaran awal seperti menjelaskan baki bayaran deposit, tidak menyerahkan polisi insuran dan lain-lain yang berkaitan.

“Penamatan ini juga dibuat selepas mengambil kira sambutan yang tidak memberangsangkan oleh orang ramai terhadap karnival tersebut,” kata kenyataan itu.

PSM berkata demikian sebagai maklum balas kepada isu yang dibangkitkan oleh KL Karnival melalui satu sidang akhbar pada 5 Julai lalu yang bertajuk ‘KL Karnival saman PSM RM41.5 juta didakwa langgar kontrak sewa tanah’. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN