Riza beri keterangan buat hari keempat - Utusan Malaysia

Riza beri keterangan buat hari keempat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Anak tiri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Riza Aziz kembali lagi untuk hari keempat bagi menyambung memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  berhubung skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Riza dilihat tiba di ibu pejabat SPRM kira-kira pukul 9.45 pagi menaiki kenderaan jenis Audi berwarna hitam.

Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Red Granite Pictures iaitu syarikat penerbitan filem Holywood dikehendaki hadir oleh SPRM sejak Selasa lalu bagi membantu siasatan skandal berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Semalam, Riza memberi keterangan selama hampir lapan jam manakala enam jam pada Rabu lalu dan sembilan jam pada Selasa lalu.

Beliau pernah dikaitkan dengan isu 1MDB termasuk dakwaan menggunakan wang syarikat itu untuk menerbitkan sebuah filem.

Najib masing-masing pada 22 dan 24 Mei lalu hadir di Ibu Pejabat SPRM untuk memberi keterangan berhubung isu berkenaan manakala pada 5 Jun lalu, isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor turut hadir ke SPRM untuk memberi keterangan sama.

SPRM sejak Mei lalu mula memanggil beberapa individu berprofil tinggi bagi melengkapkan siasatan berkaitan syarikat pelaburan strategik kerajaan itu termasuk bekas Perdana Menteri dan isteri. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN