Kedutaan Arab Saudi sahkan tiada pengurangan kuota haji Malaysia - Utusan Malaysia

Kedutaan Arab Saudi sahkan tiada pengurangan kuota haji Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kedutaan Arab Saudi di sini mengesahkan kuota haji bagi Malaysia tahun ini kekal 30,200 jemaah.

Dalam satu kenyataan di sini malam tadi, kedutaan itu menyifatkan laporan yang disiarkan oleh sebuah portal berita bahawa Arab Saudi telah mengurangkan kuota haji Malaysia, sebagai tidak berasas sama sekali.

“Kuota haji bagi jemaah Malaysia ditetapkan pada 30,200 orang,” kata kedutaan itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kenyataan itu selanjutnya menyebut, 8,000 visa haji telah dikeluarkan oleh kedutaan tersebut menerusi tugas berterusan yang dijalankannya untuk menerima pasport jemaah Malaysia dan melengkapkan prosedur yang diperlukan pada hari sama, selaras dengan agensi penjaga hal ehwal jemaah haji Malaysia.

Kedutaan tersebut turut menegaskan kesungguhan Kerajaan Penjaga Dua Masjid Agung itu untuk memanfaatkan segala usaha dan kemungkinan serta melakukan segala yang diperlukan untuk membolehkan jemaah haji melaksanakan kewajipan mereka. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN