Menang tapi masih banyak perlu diperbaiki - Utusan Malaysia

Menang tapi masih banyak perlu diperbaiki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Julai – Skuad Harimau Malaya berjaya melakar kemenangan kedua berturut-turut tahun ini selepas menang tipis 1-0 ke atas Fiji dalam aksi persahabatan antarabangsa kelas A di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, malam tadi.

Bagaimanapun, hanya aksi 20 minit pertama pasukan negara mempamerkan permainan yang menarik manakala baki 70 minit lagi aksi skuad bimbingan Tan Cheng Hoe agak membosankan.

Gol kemenangan skuad negara dijaringkan oleh Shafiq Ahmad pada minit ke-20 selepas mendapat hantaran lintang cantik daripada Syazwan Zainol.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu Malaysia menamatkan kemarau kemenangan dalam 12 perlawanan terakhir sejak penghujung 2016 dengan membelasah Bhutan 7-0 pada 1 April lalu.

Selepas ini Harimau Malaya akan menghadapi lima lagi perlawanan persahabatan bertemu Taiwan pada 7 September depan, Kemboja (11 September), Sri Lanka (12 Oktober), Republik Kyrgyz (16 Oktober) dan Maldives (3 November). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN