Lawatan sulung pendedahan besar – TPM - Utusan Malaysia

Lawatan sulung pendedahan besar – TPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ULAANBAATAR (Mongolia) 5 Julai – Datuk Seri Dr. Wan Azizah menyimpulkan lawatan sulungnya ke luar negara sebagai Timbalan Perdana Menteri ke Mongolia adalah satu pendedahan yang hebat dan berjanji untuk mengekalkan per­belanjaan berhemah ketika melaksanakan tugas rasmi di luar negara.

“Alhamdulillah. Ia adalah pengalaman pembelajaran yang hebat bagi saya, pendedahan pertama saya mewakili Malaysia di luar negara,” katanya ketika menyimpulkan lawatan beliau ke Mongolia.

Dr. Wan Azizah dalam perjalanan pulang selepas melakukan lawatan tiga hari di ibu negara Mongolia sempena Persidangan Menteri-Menteri Asia mengenai Pengura­ngan Risiko Bencana (AMCDRR).

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, Malaysia meraih banyak manfaat menyertai AMCDRR dalam bidang pengura­ngan risiko bencana.

“Kami mendapat idea, (membina) jaringan dengan hubungan Asia yang penting. Malaysia dapat mempelajari ilmu bermanfaat dan turut juga menyumbang,” katanya.

AMCDRR merupakan platform untuk membincangkan meka­nisme serantau bagi menangani isu-isu berkaitan pengurangan risiko bencana di rantau Asia Pasifik.

Lebih 3,000 perwakilan dari 50 negara Asia Pasifik berhimpun di ibu negara Mongolia bagi menghadiri persidangan empat hari yang berakhir esok.

Dr. Wan Azizah membuat keputusan untuk menaiki penerba­ngan komersial untuk lawatan sulung ke luar negara kerana faktor kos dan tidak menaiki pesawat kerajaan kerana ia melibatkan kos yang tinggi dan memilih menginap di bilik hotel jenis biasa.

Ditanya sama ada menteri Kabinet yang lain dikehendaki mengikuti pendekatan beliau memilih ‘per­belanjaan berhemah’ semasa lawatan ke luar negara, Dr. Wan Azizah berkata, ia adalah nasihat daripada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memandangkan masalah kewangan yang dihadapi negara. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN