Misi menyelamat amat sukar - Utusan Malaysia

Misi menyelamat amat sukar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MAE SAI, Thailand – Pa­sukan penyelamat menggunakan sebanyak 19 pam air berkuasa tinggi bagi menge­luarkan air yang membanjiri gua Tham ­Luang, lokasi 13 orang terperangkap sejak 23 Jun lalu.

“Masalahnya ialah tidak ada kuasa yang mencukupi jika kita mahu menggunakan lebih banyak pam secara serentak,” kata pegawai bomba Thailand, Poonshak Wonjsangiam yang mengakui usaha itu cuma mampu mengurangkan 1 sentimeter air sejam.

Pihak berkuasa berkata, pihaknya telah mengeluarkan lebih 128 juta liter air di dalam gua sepanjang 10 kilometer (km) yang terletak di utara Thailand itu yang jumlahnya cukup untuk mengisi 50 buah kolam bersaiz Olimpik.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pasukan penyelamat di Thailand juga masih berkira-kira mengenai cara untuk menyelamatkan 12 orang kanak-kanak lelaki dan seorang jurulatih bola sepak mereka dari kompleks gua yang dilanda banjir itu.

Keadaan hujan monsun yang banyak di bahagian utara negara itu menyebabkan operasi menyelamat menjadi lebih berbahaya.

Kedudukan kanak-kanak lelaki tersebut ialah lebih kurang 4km dari pintu masuk gua, menurut tentera laut Thailand dan kira-kira 400 meter dari Pantai Pattaya, sebuah titik besar dan lebih tinggi di dalam kompleks gua Tham Luang.

Anak sungai di lereng gunung juga telah dialihkan dengan harapan dapat mengehadkan aliran air ke dalam gua yang menjadi tempat kanak-kanak lelaki itu terperangkap.

Banjir merupakan kejadian bermusim di Thailand, tetapi bagi kebanyakan lokasi sekitar gua, skala itu terjadi dengan tiba-tiba dan secara besar-besaran.

Air di dalam gua telah menyekat laluan melarikan diri kanak-kanak lelaki tersebut.

Ramai yang mempersoalkan bagaimana kanak-kanak itu dapat dibawa keluar jika pakar penyelam sendiri mengambil masa selama sembilan hari untuk sampai ke tempat mereka.

Kompleks gua Tham Luang sepanjang 10km di Chiang Rai itu boleh dikatakan belum diterokai dan merangkumi laluan masuk yang sempit dan gelap.

“Pasukan penyelamat perlu mengambil masa selama enam jam untuk sampai ke tempat kanak-kanak itu dan lima jam untuk balik semula (ke pintu masuk gua),” kata Timbalan Komander Wilayah Ketenteraan Ketiga, Major General Chalongchai Chaiyakum. – AFP/Reuters

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN