SAUDARA PENGARANG, PENDUDUK di Seksyen 8, Shah Alam menggesa agar Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengganti papan tanda ‘Tempat Letak Kereta Berkupon’ yang sudah pudar dengan papan tanda baharu.
ANTARA papan tanda yang sudah lusuh dan pudar sekitar Seksyen 8, Shah Alam, Selangor. GAMBAR IHSAN PEMBACA
Papan tanda ini terdapat di beberapa tempat, antaranya di Jalan Liku B 8/B; Jalan Liku D 8/D; dan Jalan Muara 8/9.
Memuatkan artikel berkaitan…
Penduduk pernah membuat aduan melalui twitter MBSA (@sacity council) pada 13 November 2017 tetapi tiada apa-apa tindakan daripada pihak MBSA. Penduduk berharap pihak MBSA dapat melaksanakan inisiatif ini secepat mungkin.
KAMARUDDIN HASSAN
Seksyen 8, Shah Alam











