Tekad perjuang isu pekebun kecil - Utusan Malaysia

Tekad perjuang isu pekebun kecil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – FGV Holdings Bhd. (FGV) bertekad untuk memperjuangkan semua isu berkaitan pekebun kecil terutamanya ketika peluang industri untuk bero­perasi dicabar atas beberapa sebab tertentu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif­nya, Datuk Zakaria Arshad berkata, syarikat sentiasa menghormati kedudukan pembekal buah tandan segar (FFB) yang terdiri daripada pekebun kecil, termasuk peneroka, serta akan berusaha keras bagi memelihara dan menguatkan hubu­ngan de­ngan mereka.

“FGV menyokong lebih 112,000 peneroka Felda, yang mana mereka menghasilkan dan membekalkan satu pertiga FFB daripada keseluruhan FFB yang diproses oleh kami.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Satu pertiga lagi diperoleh daripada 350,000 hektar ladang yang diuruskan oleh FGV di bawah Perjanjian Sewa Tanah (LLA) dengan Felda,” katanya dalam satu ke­nyataan di sini semalam.

Sementara itu, Zakaria berkata, FGV membayar kepada Felda sebanyak RM250 juta setiap tahun untuk pajakan tanah tersebut.

“Selain itu, FGV juga berkongsi 15 peratus keuntungan tahunan dari tanah yang berkaitan dengan LLA dengan Felda,” jelasnya.

Tambah Zakaria, setiap tahun sejak penyenaraiannya di Bursa Malaysia pada Jun 2012, FGV tidak pernah gagal membayar divi­den kepada pemegang sahamnya.

“Kami juga ingin menjelaskan bahawa pada 1 Jun lalu, Koperasi Permodalan Felda Malaysia Bhd. (KPF) memiliki 5.15 peratus saham dalam FGV iaitu 187,966,608 saham dan bukannya 800 juta saham seperti yang dilaporkan media.

“Kami akan terus berusaha untuk memastikan semua peme­gang saham mendapat manfaat daripada pertumbuhan dan kejayaan FGV,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN