KUALA LUMPUR – Sejarah Sukan Asia tercipta semasa undian bagi tujuh sukan berpasukan di Pusat Konvensyen dan Hotel JS Luwansa di Jakarta, hari ini.
Kod Olimpik ‘COR’ – gabungan Korea – tertera buat pertama kali dalam protokol Majlis Olimpik Asia (OCA) selepas badan induk itu meluluskan cadangan dari Korea Utara dan Korea Selatan pada 28 Jun lepas bagi membentuk pasukan gabungan dalam acara bola keranjang wanita serta perahu naga dan kanu.
Pasukan gabungan dalam tiga jenis sukan dan enam acara itu akan beraksi sebagai pasukan ‘Korea’ di bawah bendera penyatuan dan menggunakan lagu rakyat Korea ‘Arirang’ sebagai lagu kebangsaan, kata OCA dalam kenyataan.
Kenyataan itu menyebut dalam acara bola keranjang wanita, juara bertahan Sukan Asia Korea Selatan akan turut membariskan pemain dari Korea Utara bersama mereka pada Sukan Asia edisi ke-18 itu yang akan berlangsung dari 18 Ogos hingga 2 Sept depan di Jakarta dan Palembang.
Pasukan gabungan COR itu diundi bersama-sama Taiwan, Indonesia, Kazakhstan dan India dalam Kumpulan X, manakala China, Jepun, Thailand, Hong Kong dan Mongolia menghuni Kumpulan Y.
“Saya merasakan sangat baik untuk mempunyai pasukan gabungan itu kerana ia akan mempromosi persahabatan antara kedua-dua pihak tersebut di semenanjung Korea.
“Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) sudah menggalakkan kedua-dua negara Korea itu untuk berubah, maka OCA akan mengikut langkah IOC,” kata Naib Presiden Seumur Hidup OCA Wei Jizhong seperti dipetik dalam kenyataan.
Wei turut mengumumkan Sukan Asia ke-18 itu menarik penyertaan atlet paling besar dalam sejarah temasya sukan berkenaan, antara 10,500 dan 11,000 dijangka menyertai 40 jenis sukan dan 67 disiplin.
Jumlah paling tinggi sebelum ini adalah 9,704 atlet ketika Sukan Asia ke-16 di Guangzhou, China, pada 2010.
Undian bagi tujuh sukan berpasukan itu melibatkan 36 negara dan rantau, dan berlangsung ketika temasya sukan empat tahun sekali itu berbaki 44 hari menjelang majlis pembukaan pada 18 Ogos. – Bernama
Undian Jenis Sukan:
SEPAK TAKRAW
———————–
Regu Berpasukan Wanita
Kumpulan A: Thailand, India, Laos, Korea Selatan
Kumpulan B: Indonesia, Malaysia, Jepun, Vietnam, Myanmar
Regu Berpasukan Lelaki
Kumpulan A: Thailand, Korea Selatan, Malaysia
Kumpulan B: Indonesia, India, Iran
Beregu Berpasukan Lelaki
Kumpulan A: Indonesia, Vietnam, Jepun, Filipina
Kumpulan B: Thailand, Laos, Malaysia, Myanmar
Quadran Wanita
Kumpulan A: Indonesia, Laos, Korea Selatan, Myanmar
Kumpulan B: Thailand, Jepun, Vietnam, India, Malaysia
Quadran Lelaki
Kumpulan A: Indonesia, Myanmar, China, Laos, Jepun
Kumpulan B: Singapura, Nepal, Iran, Vietnam, Pakistan
Regu Lelaki
Kumpulan A: Indonesia, Singapura, Filipina, Pakistan
Kumpulan B: Korea Selatan, China, India, Nepal
BOLA BALING
——————–
Lelaki
Kumpulan A: Qatar, Iran, Malaysia
Kumpulan B: Korea Selatan, Jepun, Pakistan
Kumpulan C: Indonesia, Arab Saudi, Hong Kong
Kumpulan D: Bahrain, Taiwan, India, Iraq
Wanita
Kumpulan A: Korea Selatan, Kazakhstan, China, India, Korea Utara
Kumpulan B: Indonesia, Jepun, Hong Kong, Thailand, Malaysia
BOLA TAMPAR
———————
Lelaki
Kumpulan A: Indonesia, Arab Saudi, Kyrgyzstan
Kumpulan B: Iran, Pakistan, Mongolia
Kumpulan C: Jepun, Kazakhstan, Myanmar
Kumpulan D: Korea Selatan, Taiwan, Nepal
Kumpulan E: China, Thailand, Sri Lanka, Vietnam
Kumpulan F: India, Qatar, Maldives, Hong Kong
Wanita
Kumpulan A: Indonesia, Thailand, Jepun, Hong Kong, Filipina
Kumpulan B: Korea Selatan, China, Taiwan, Kazakhstan, Vietnam, India
RAGBI TUJUH SEBELAH
———————————-
Lelaki
Kumpulan A: Hong Kong, China, Thailand, Pakistan
Kumpulan B: Jepun, Malaysia, Taiwan, Indonesia
Kumpulan C: Korea Selatan, Sri Lanka, Emiriah Arab Bersatu
Wanita
Kumpulan A: China, Hong Kong, Singapura, Korea Selatan
Kumpulan B: Jepun, Kazakhstan, Thailand, Indonesia
POLO AIR
————–
Lelaki
Kumpulan A: Kazakhstan, Singapura, Korea Selatan, Iran
Kumpulan B: Arab Saudi, Jepun, Hong Kong, China, Indonesia
Wanita (Round-robin)
1 Jepun, 2 China, 3 Thailand, 4 Hong Kong, 5 Kazakhstan, 6 Indonesia.
BOLA KERANJANG
—————————
Wanita
Kumpulan X: Korea (COR), Taiwan, Indonesia, Kazakhstan, India
Kumpulan Y: China, Jepun, Thailand, Hong Kong, Mongolia
Lelaki
Kumpulan A: Korea Selatan, Mongolia, Indonesia, Thailand
Kumpulan B: Iran, Filipina, Syria, Emiriah Arab Bersatu
Kumpulan C: Jepun, Qatar, Taiwan, Hong Kong
Kumpulan D: Kazakhstan, China, Palestin
BOLA SEPAK
——————-
Wanita (berlangsung di Palembang)
Kumpulan A: Indonesia, Korea Selatan, Taiwan, Maldives
Kumpulan B: Korea Utara, China, Hong Kong, Tajikistan
Kumpulan C: Jepun, Vietnam, Thailand.
(Nota: Pasukan tercorot setiap kumpulan akan tersingkir. Baki lapan pasukan akan mara ke suku akhir)
Lelaki
Kumpulan A: Indonesia, Hong Kong, Laos, Taiwan
Kumpulan B: Thailand, Uzbekistan, Bangladesh, Qatar
Kumpulan C: Iraq, China, Timor Leste, Syria
Kumpulan D: Jepun, Vietnam, Pakistan, Nepal
Kumpulan E: Korea Selatan, Kyrgyzstan, Malaysia, Bahrain
Kumpulan F: Korea Utara, Arab Saudi, Iran, Myanmar
(Nota: Dua pasukan teratas setiap kumpulan, serta empat pasukan terbaik di tempat ketiga mara ke pusingan kedua. Perlawanan berkenaan akan berlangsung di empat stadium)











