Wartawan Utusan Malaysia menang Anugerah Media Riben Merah Khas - Utusan Malaysia

Wartawan Utusan Malaysia menang Anugerah Media Riben Merah Khas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 Julai – Penolong Pengarang Meja Wanita dan Keluarga Utusan Malaysia, Rosmah Mohd. Dain menerima Anugerah Media Riben Merah Khas anjuran Yayasan AIDS Malaysia dengan membawa pulang trofi serta sijil.

Anugerah tersebut diberikan sebagai tanda penghargaan kepadanya yang mengupas isu berkaitan penyakit HIV dan AIDS sejak awal tahun 2000 termasuk dalam kalangan wanita dan kanak-kanak menerusi berita serta rencana tulisannya dalam Utusan Malaysia.

Selain itu, penulisan Rosmah turut tertumpu kepada nasib golongan tinggal di belakang Lorong Haji Taib, Kuala Lumpur di samping laporan mengenai HIV dan penggunaan dadah dalam kalangan nelayan di pantai timur Malaysia melayakkan beliau menerima anugerah ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Terima kasih kepada Yayasan Aids Malaysia kerana memberi penganugerahan ini kepada saya sekali gus memberi penghargaan terhadap akhbar Utusan Malaysia,” kata Rosmah ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Anugerah Media Riben Merah Khas di sini malam ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN