Bukan bermakna sokong PH - Utusan Malaysia

Bukan bermakna sokong PH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG TERAP 5 Julai – Tindakan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) memberi undi menyokong pelantikan Speaker DUN yang dicalonkan Pakatan Harapan (PH) bukan bermakna mereka menyokong pakatan tersebut.

Sebaliknya, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, keputusan tersebut diambil bagi memastikan kelancaran persidangan DUN dengan memainkan peranan secara aktif sebagai pembangkang dalam memutuskan sebarang keputusan.

“Keputusan itu dilakukan bukan menyokong PH tetapi ia lebih kepada hanya menyokong dalam konteks pelantikan Speaker.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita masih lagi pembangkang, oleh kerana BN yang bantu dalam hal tersebut, kerajaan negeri kena ‘deliver’ dan memastikan kelancaran perjalanan persidangan dewan serta tanggungjawab kepada rakyat,” Katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Bahagian Padang Terap di Pusat Komuniti Padang Kerasak, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×