Isu bahasa: Rakyat perlu bangkit tegur kepincangan kerajaan - Utusan Malaysia

Isu bahasa: Rakyat perlu bangkit tegur kepincangan kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 Julai – Rakyat perlu bangkit menegur kepincangan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam soal memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan berikutan dua kontroversi bahasa membabitkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan Peguam Negara, Tommy Thomas.

Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali
Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali at-Takiri berkata, dalam hal ini, kerajaan perlu menunjukkan kesungguhan mempertahankan kedudukan bahasa kebangsaan dan tidak memberi isyarat yang salah kepada rakyat bahawa terdapat usaha untuk meruntuhkan tonggak asas bernegara yang telah dipersetujui semua kaum.

Sebelum ini, kata Bendahari Dewan Ulama Pas itu, ada pimpinan PH turut membela Guan Eng yang menggunakan bahasa Mandarin dalam kenyataan rasmi sambil menganggap isu tersebut adalah kecil.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Semalam pula, Tommy yang mengetuai pasukan pendakwa raya ke atas kes melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memohon agar prosiding di Mahkamah Tinggi dijalankan menggunakan bahasa Inggeris, ia barangkali berikutan penguasaan bahasa Melayu beliau yang lemah.

“Insiden ini jelas merupakan manifestasi bahawa bahasa Melayu semakin dipinggirkan oleh PH yang menerajui kerajaan. Rakyat perlu bangkit menegur kepincangan ini,” katanya dalam sebuah kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Tommy dilaporkan memohon kepada mahkamah untuk meneruskan prosiding kes pecah amanah dan salah guna kuasa terhadap Najib dalam bahasa Inggeris dan permohonannya itu dibenarkan.

Tommy kemudiannya didesak oleh penyokong Najib untuk menggunakan bahasa Melayu dalam sidang akhbar yang ingin dijalankan sehingga memaksa beliau dan pasukan pendakwaannya membatalkan sidang akhbar tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN