Kaji semula peruntukan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera - Mat Sabu - Utusan Malaysia

Kaji semula peruntukan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera – Mat Sabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan akan mengkaji semula peruntukan kepada Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat) dalam memastikan kebajikan institusi itu selain untuk menawarkan latihan persediaan kepada pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menterinya, Mohamad Sabu berkata, ketika ini peruntukan yang disediakan berkurangan daripada RM32 juta setahun kepada RM27 juta berikutan keadaan ekonomi yang tidak mengizinkan.

“Kita mengakui berlaku kekurangan peruntukan buat masa ini namun akan cuba lihat dan mencari jalan, selain melihat kemampuan kewangan negara dari semasa ke semasa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya menyokong perjuangan untuk tambah peruntukan kepada Perhebat kerana memberi manfaat kepada tentera yang akan bersara nanti,” katanya selepas menghadiri Konvokesyen Perhebat ke-51 di Kem Sungai Buloh dekat sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN