Najib reda dengan dugaan - Utusan Malaysia

Najib reda dengan dugaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan dugaan yang dihadapinya ketika ini akan didepani dengan cekal.

Bekas Perdana Menteri itu juga komited untuk membuktikan dirinya tidak bersalah terhadap pertuduhan-pertuduhan ke atasnya melalui proses mahkamah yang adil.

Beliau berkata, mata hatinya pada ketika melalui dugaan ini sentiasa kepada Allah SWT.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sepanjang 42 tahun merentasi karier ini, perjuangan saya sentiasa untuk rakyat dan parti saya.

“Jika penganiayaan ini adalah harga yang perlu saya bayar demi perjuangan saya untuk rakyat, demi kemakmuran negara, demi kebajikan rakyat, saya sesungguhnya reda dengan dugaan dunia ini,” katanya menerusi catatan di akaun Facebook beliau pagi ini.

Semalam, Najib mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan melakukan pecah amanah berkaitan kes SRC International Sdn. Bhd. dan satu pertuduhan menyalahgunakan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika itu membabitkan RM42 juta.

Bekas Presiden UMNO itu dibebaskan dengan ikat jamin RM1 juta berserta dua penjamin dan pasport biasa serta pasport diplomatik beliau diserahkan kepada mahkamah sebagai syarat jaminan.

Perbicaraan terhadap Najib atas pertuduhan-pertuduhan tersebut dijadual dibicarakan di Mahkamah Tinggi di sini selama 19 hari mulai 18 Februari tahun depan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN