Reformasi pengajaran, pembelajaran perlu seiring teknologi terkini - Utusan Malaysia

Reformasi pengajaran, pembelajaran perlu seiring teknologi terkini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI SIPUT – Reformasi pengajaran dan pembelajaran di semua sekolah di negara ini perlu seiring dengan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi terkini, kata Menteri Pendidikan, Maszlee Malik.

Jelasnya, para guru sewajarnya memanfaatkan segala wahana yang ada seperti capaian internet dan teknologi komputer dalam tugas menyampaikan ilmu.

“Pembelajaran dan pengajaran guru juga haruslah mampu memberikan keberkesanan dari segi pemahaman murid dan pengaplikasiannya bagi menyediakan modal insan yang bersesuaian dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bawong yang dirasmikan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di sini hari ini.

Menurut beliau, konsep pembelajaran abad ke-21 perlu ditekankan agar suasana pembelajaran lebih menyeronokkan pelajar-pelajar selain memberikan impak tinggi dari segi keberkesanannya. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN