Sindiket curi kabel TM tumpas - Utusan Malaysia

Sindiket curi kabel TM tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT 4 Julai – Satu sindiket curi kabel milik syarikat telekomunikasi Telekom Malaysia (TM) di daerah ini tumpas selepas tertangkapnya empat lelaki dalam serbuan di sebuah rumah di ladang dusun durian dekat Morib, di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Azizan Tukiman berkata, empat lelaki warga tempatan berumur antara 17 hingga 43 tahun itu ditahan hasil maklumat dan risikan pihak polis.

Menurutnya, kejayaan itu sekaligus berjaya menyelesaikan 47 kes kecurian kable di sekitar daerah ini sejak tahun lalu dengan melibatkan kerugian sehingga RM1 juta.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Keempat-empat penjenayah ini ditahan di lokasi sama kira-kira pukul 1.45 petang.

“Hasil soal siasat ke atas kesemua suspek akhirnya membawa kepada penemuan barangan curi itu dibeberapa lokasi di kawasan semak di sekitar daerah ini,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat di sini hari ini.

Azizan memberitahu, keempat-empat penjenayah itu kini ditahan reman hingga Jumaat ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Katanya, polis kini turut memburu tiga lagi rakan suspek yang masih bebas. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN