Najib perlu diberi hak dapatkan keadilan - Pemuda UMNO - Utusan Malaysia

Najib perlu diberi hak dapatkan keadilan – Pemuda UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Julai – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu diberi hak dan peluang untuk membela diri dan mendapatkan keadilan sepenuhnya.

Dr. Asyraf Wajdi Dusuki

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, beliau juga berhak dilayan sebagai orang yang tidak bersalah berasaskan prinsip Islam selagi tidak disabitkan hukuman.

Memuatkan artikel berkaitan…

Berikut adalah kenyataan penuh Asyraf Wajdi berhubung isu penahanan Najib:

1. Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berpendirian bahawa Bekas Perdana Menteri YB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak wajar diberikan hak dan peluang untuk membela diri dan mendapatkan keadilan sepenuhnya.

2. Selagi tidak disabitkan hukuman, beliau berhak dilayani sebagai seorang yang tidak bersalah berasaskan prinsip Islam (al-aslu bara’atu zimmah) dan prinsip perundangan (presumption of innocence).

3. Biarlah proses perundangan berjalan dengan adil, telus dan tanpa prejudis di kamar mahkamah dan bukannya dihukum di pentas media.

4. Justeru hentikanlah kecenderungan mengaibkan beliau di khalayak, sekaligus mengelakkan gambaran semacam wujud satu usaha mengalihkan pandangan rakyat terhadap kelemahan pentadbiran hari ini yang gagal melunaskan segala janji manifesto mereka.

5. Pemuda juga mengharapkan semua rakyat Malaysia agar bertenang dan sentiasa mematuhi peraturan dan perundangan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN