Riza beri keterangan kepada SPRM selama 9 jam - Utusan Malaysia

Riza beri keterangan kepada SPRM selama 9 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Ra­suah Malaysia (SPRM) mengambil masa kira-kira sembilan jam untuk merekodkan keterangan daripada anak tiri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Riza Aziz, 48, berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di ibu pejabat suruhanjaya itu di sini semalam.

Riza yang berpakaian kot berwarna hitam tiba pada pukul 1.30 petang dan melangkah masuk ke dalam bangunan ibu pejabat SPRM ditemani peguamnya, Datuk M. Kumaraendran.

Beliau yang pertama kali dipanggil SPRM untuk memberi keterangan berhubung siasatan 1MDB kemudian dilihat keluar kira-kira pukul 10.30 malam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengasas bersama syarikat pembikinan filem Red Granite Pictures itu pernah dikaitkan dengan isu 1MDB termasuk dakwaan menggunakan wang syarikat itu untuk menerbitkan sebuah filem.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN