Mr. D.I.Y lancar portal atas talian - Utusan Malaysia

Mr. D.I.Y lancar portal atas talian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Julai – Peruncit perkakas rumah Mr. D.I.Y melancarkan platform e-dagang, mrdiy.com.my yang menawarkan lebih 20,000 produk.

Ketua Pemasaran dan e-dagang Mr. D.I.Y, Andy Chin berkata, pelanggan boleh menikmati penghantaran percuma ke rumah mereka di Semenanjung Malaysia tanpa perbelanjaan minimum bagi setiap pesanan di bawah lima kilogram. 

Selain itu katanya, pelanggan juga boleh memilih perkhidmatan Mr. D.I.Y Ekspres di mana pembelian mereka akan dihantar dalam masa 24 jam dengan sejumlah bayaran dikenakan. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Portal ini akan dapat memenuhi kehendak pasaran yang bergantung kepada teknologi dan tidak berkesempatan untuk membeli-belah di kedai fizikal Mr. D.I.Y,” katanya pada majlis pelancaran portal mrdiy.com.my di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN