IPOH 3 Julai – Penasihat DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dipilih sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang baharu hari ini.
![]() |
|
NGEH KOO HAM
|
Koo Ham, 57, dicalonkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebing Tinggi, Abdul Aziz Bari dan disokong ADUN Pasir Panjang, Yahaya Mat Nor.
Dalam undian oleh ahli-ahli DUN Perak hari ini, Koo Ham mendapat 31 undi.
Memuatkan artikel berkaitan…
Bekas Timbalan Speaker, Datuk Nasarudin Hashim yang dicadangkan oleh Barisan Nasional (BN) menerima 25 undi manakala Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Mohd. Misbahul Munir Masduki yang dicadangkan oleh Pas mendapat tiga undi.
Sementara itu, ADUN Behrang, Aminuddin Zulkipli dipilih sebagai Timbalan Speaker setelah hanya satu pencalonan diterima untuk jawatan tersebut. – UTUSAN ONLINE












