Beri peluang semua ADUN bersuara - Utusan Malaysia

Beri peluang semua ADUN bersuara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN 2 Julai – Semua ahli Dewan Unda­ngan Negeri (ADUN) negeri ini, sama ada kerajaan mahupun pembangkang akan diberikan peluang yang sama dalam membahaskan pelbagai isu, terutamanya yang berkaitan dengan permasalahan rakyat.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang baharu, Suhaizan Kaiat berjanji akan menjadikan institusi itu dekat de­ngan rakyat supaya mereka turut mengambil berat mengenai perbahasan yang diadakan.

Menurutnya, DUN merupakan medium terbaik bagi rakyat untuk menyuarakan pandangan dan pendapat menerusi wakil rakyat kawasan masing-masing supaya membawa isu yang ada ke peringkat kerajaan negeri.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya sebagai Speaker yang akan mendengar setiap keluh-ke­sah dan pemasalahan yang mereka hadapi di tempat masing-masing supaya penyelesaian dapat dilakukan segera,” katanya ditemui dalam majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian, di sini malam tadi.

Yang turut hadir, ADUN Pulai Sebatang, Mohd. Taqiuddin Cheman; ADUN Pekan Nanas, Yeo Tung Siong; Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Mustafa Bakri Salleh.

Suhaizan memberitahu, DUN Johor akan bersidang pada 9 hingga 19 Ogos depan dan kesemua 56 ADUN selesai mengangkat sumpah pada minggu lalu.

“Kami berharap mereka (ADUN) telah mengetahui tanggungjawab dan peranan masing-masing serta dapat menampilkan mutu perbahasan yang berkualiti dan menepati kehendak rakyat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN