Bomba selamatkan penumpang kereta tersepit - Utusan Malaysia

Bomba selamatkan penumpang kereta tersepit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BINTULU 2 Julai – Seorang lelaki cedera parah setelah tersepit dalam kereta setelah terlibat kemalangan dengan sebuah pacuan empat roda (4WD) berdekatan Kompleks Mahkamah Bintulu, Jalan Pisang di sini pagi tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, pihaknya menerima maklumat kemalangan tersebut pada pukul 2.44 pagi.

Katanya, ketua operasi yang tiba di tempat kejadian memaklumkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi telah terbalik dengan seorang mangsa lelaki masih tersepit di bahagian hadapan tempat duduk penumpang kenderaan itu.

“Mangsa cedara parah berusia lingkungan 20-an mengalami lebam dan luka pada bahagian kepala.

“Pasukan bomba berjaya mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan penyelamat unit hidraulik (RTA) untuk diberi rawatan awal,” katanya dalam kenyataan di sini sebentar tadi.

Tambahnya, mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Bintulu bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Operasi ditamatkan pada pukul 3.15 pagi,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN