Mas Ermieyati sudah lupa jasa UMNO - Utusan Malaysia

Mas Ermieyati sudah lupa jasa UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Julai- Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menyifatkan tindakan Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin keluar daripada parti adalah satu tindakan berpaling tadah dan mementingkan diri sendiri.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, beliau serta ahli-ahli puteri kecewa kerana mereka selama ini sentiasa menyokong beliau sebagai ketua pergerakan puteri namun tindakannya dilihat seolah-olah beliau sudah lupa dengan janjinya dahulu untuk terus setia kepada parti dan lupa dengan jasa parti sendiri. 

Berikut adalah kenyataan penuh Rosnah Abdul Rashid Shirlin hari ini.

72 tahun membawa signifikan yang amat besar kepada UMNO. Antaranya, kita boleh rasa bangga bahawa mungkin kita satu-satunya parti yang berkuasa selama 70 yang tidak pernah putus memberi sumbangan bakti kepada rakyat dan negara.

Tetapi nostalgia sahaja bu­kan prasyarat untuk kita dapat mengekalkan tangungjawab ini. Prestasi kita, usaha kita untuk memenu­hi harapan rakyat, aspirasi rakyat, pembentukan dasar dan hala tuju perlu jelas.

UMNO juga menghadapi krisis, namun masih kekal bertahan, kita boleh tunjuk satu per satu krisis yang dihadapi UMNO. Dalam fasa-fasa peralihan ini akan mematangkan ahli UMNO untuk lebih setia dan cinta kepada parti.

Kita menghadapi musuh politik dengan kaedah yang bijaksana dan kita mesti juga mempengaruhi khalayak dengan kewibawaan, ertinya dengan fakta, statistik dan sudah tentu perdebatan kita mesti berwibawa bukan sekadar hanya menabur janji dan kata setia tetapi dikala menghadapi masalah dan kejatuhan, kewibawaan itu hilang malah mencari kedudukan yang lebih selesa untuk kepentingan diri sendiri.

Seperti yang kita sedia maklum, mantan ketua pergerakan puteri UMNO Malaysia telah keluar daripada parti UMNO hari ini tanpa ada alasan yang kukuh.

Jelas hilangnya jati diri dari sifat kepimpinan seseorang selepas menghadapi isu kekalahan Pilihan Raya Umum 2018. Beliau pernah mengatakan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak semasa Perhimpunan Agung UMNO tahun lalu, “YOU WILL NEVER WALK ALONE” namun belum sampai setahun, apabila sudah diuji dengan kejatuhan dan kekalahan yang besar ini, beliau mudahnya memilih untuk berpaling tadah.

Jika kita ingin pastikan UMNO ini kekal menjadi parti yang menjaga kesejahteraan rakyat dan membangunkan negara, kita perlu setia terhadap parti bukan hanya tahu beralasan, tidak tahan diasak, obses dengan kemenangan dan menyertai pihak yang kita tentang selama ini seperti kita meludah ke langit.

Ingatlah Datuk Mas Ermieyati, anda dipilih kerana UMNO dan Barisan Nasional, anda dipilih hasil kerja keras dan pengorbanan ahli-ahlli parti yang anda katakan tergelincir ini…jangan beralasan jadikan pemilihan parti sebagai sebab sedangkan tindakan ini sudah lama dirancang…kami semua kecewa tapi yang paling kecewa adalah ahli puteri yang mengangkat anda sebagai ketua pergerakan puteri UMNO Malaysia.

Jawatan yang telah memberikan anda segala-galanya…wahai Datuk Mas Ermieyati semoga anda temui apa yang anda cari…cepatnya anda lupa pada slogan dan janji anda sendiri pada Presiden UMNO tatkala UMNO masih kuat…MAS ERMIEYATI BOLEH LUPA JASA PARTI INI PADAMU…MAS ERMIEYATI BOLEH KELUAR DARI PARTI YANG LUKA INI KAMI MEMILIH UNTUK “UNITED WE STAND” BERSAMA PARTI INI…ALLAHUAKHBAR!!!-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN