Jalaluddin berterima kasih kepada perwakilan UMNO - Utusan Malaysia

Jalaluddin berterima kasih kepada perwakilan UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Julai – Datuk Jalaluddin Alias meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada perwakilan bahagian-bahagian UMNO kerana menaruh kepercayaan terhadapnya untuk berada dalam kepemimpinan parti sebagai Ahli Majlis Tertinggi yang baharu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau yang juga Ahli Parlimen Jelebu berkata, seluruh keluarga besar UMNO telah menunjukkan kematangan dan meraikan demokrasi dalam parti keramat dengan penuh semangat muhibah serta kekeluargaan.

“Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah, kerana dengan limpah dan izin-Nya, saya dianugerahkan kemenangan sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO, saya juga menzahirkan rasa haru dan perasaan penuh tanggungjawab atas keputusan pemilihan ini.

“Menang kalah adalah adat dan saya yakin sebagai satu keluarga sebagaimana yang selalu saya ungkapkan, ini adalah pertandingan adik-beradik, saya yakin kita semua adalah satu pasukan yang ikhlas dalam perjuangan ini untuk memelihara dan memartabat UMNO sebagai wadah perjuangan umat Melayu khasnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN