Imigresen Kelantan tahan 106 nelayan asing dalam Op Mega 3.0 - Utusan Malaysia

Imigresen Kelantan tahan 106 nelayan asing dalam Op Mega 3.0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Jabatan Imigresen Kelantan hari ini menahan 106 nelayan warga  asing dalam Ops Mega 3.0 di sekitar kawasan Tok Bali, Pasir Puteh.

Memuatkan artikel berkaitan…

Timbalan Pengarah Jabatan Imigresen (Kawalan) Kelantan, Siti Khadijah Hamzah berkata antara kesalahan yang dilakukan warga asing dari Vietnam dan Myanmar berumur antara 18 dan 55 tahun itu ialah tiada dokumen perjalanan yang sah dan tinggal lebih masa yang ditetapkan.

Dalam operasi kira-kira tiga jam bermula pukul 12 tengah hari tadi, pihaknya turut memeriksa 120 lagi warga asing di sekitar kawasan berkenaan namun mereka tidak melakukan kesalahan, katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata, operasi itu dijalankan dengan kerjasama Agensi Kawalan Sempadan Malaysia melibatkan  serbuan di tiga pangkalan persendirian di Tok Bali selepas mendapat maklumat daripada orang awam mengenai kehadiran ramai warga asing di kawasan itu.

Kesemua lelaki warga asing yang ditahan itu dihantar ke Depot Tahanan Imigresen di Tanah Merah untuk tindakan lanjut. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN