LONDON – Penyerang England, Harry Kane mengakui ‘sentuhannya’ dalam kempen Piala Dunia 2018 FIFA Rusia ini mampu mengelakkan England daripada badi penyingkiran di peringkat kalah mati.
Kane turut menjelaskan dia juga berpeluang memenangi anugerah Kasut Emas sebagai penjaring terbanyak sekiranya Garteth Southgate menurunkannya pada pertemuan dengan Colombia nanti.
Bintang Tottenham Hostpur itu tidak diturunkan pada aksi terakhir kumpulan menentang Belgium bagi memastikan dia cergas sepenuhnya pada aksi 16 pasukan terbaik dengan Colombia, awal pagi Selasa ini.
Dia beraksi cemerlang dengan meledakkan hatrik ketika menentang Panama dan mula yakin sentuhannya mampu mengubah nasib England dalam kempen di Rusia ini.
“Sebagai seorang penyerang, kamu pastinya tidak sabar untuk bermain apabila sudah menyumbang gol terutamanya ketika bola bergolek dari kaki kamu dan menuju ke dalam gol.
“Kamu hanya mahu berada di atas padang dan kamu tahu peluang menjaringkan gol itu akan datang.
“Jurulatih beritahu saya bahawa dia mahu merehatkan saya ketika berdepan Belgium. Dia mahu saya cergas dan beris semua orang dalam skuad ini peluang bermain.
“Bukan selalu kamu dapat peluang ini dalam satu kejohanan besar,” tambahnya.
Kane berkata dia tidak peduli tentang Kasut Emas jika England beraksi dengan bvaik, namun mengakui keputusan Southgate merehatkannya ketika menentang Belgium mungkin mampu memusnahkan peluangnya muncul penjaring terbanyak di Rusia.
“Kamu tidak selalu dpat peluang ini dalam satu kejohanan besar. Kamu perlu ambil peluang ini dan bersedia untuk melakukan yang terbaik.
“Dalam aksi terakhir saya meledakkan hatrik dan itulah yang berlaku. Mungkin jika saya bermain (menentang Belgium) saya boleh tambah koleksi jaringan, namun saya juga mungkin akan menjaringkan hatrik sekali lagi jika saya turun pada aksi dengan Colombia nanti,” katanya. – Agensi











