Manipulasi projek : Seorang lagi suspek direman - Utusan Malaysia

Manipulasi projek : Seorang lagi suspek direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 1 Julai – Seorang arkitek di syarikat berkaitan kerajaan (GLC) direman lima hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan memanipulasikan beberapa projek pembinaan di sini bernilai RM300 juta.

Memuatkan artikel berkaitan…

Perintah itu dikeluarkan oleh Majistret Muhammad Bukhori Md. Ruslan setelah membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat suspek mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Menurut sumber, lelaki yang berusia 42 tahun itu ditahan pukul 1.30 petang semalam di ibu pejabat SPRM.

Berdasarkan laporan awal, lelaki tersebut yang pernah bertugas sebagai arkitek di GLC terlibat dipercayai bertindak sebagai orang tengah bagi memanipulasi beberapa kos proses projek pembinaan.

Tambah sumber SPRM, projek yang dianugerahkan kontraktor menerusi proses tender disabotaj menyebabkan ia gagal dilaksanakan.

Tindakan itu menyebabkan projek-projek berkenaan diberikan kepada kontraktor pengganti yang dipercayai mempunyai kepentingan dengan arkitek terbabit dan sememangnya dirancang lebih awal.

Sebelum ini seorang ketua pegawai eksekutif GLC direman tiga hari bermula Khamis lalu membabitkan kes sama, namun dia dilepaskan semalam. – UTUSAN ONLINE

Video oleh JUANI MUNIR ABU BAKAR

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN