Perkeso buru majikan tidak berdaftar dalam Ops Kesan 2018 - Utusan Malaysia

Perkeso buru majikan tidak berdaftar dalam Ops Kesan 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) telah mengeluarkan sebanyak 18,437 notis kompaun kepada majikan bernilai RM13.52 juta atas kesalahan gagal mendaftar perusahaan dan pekerja sejak Operasi Pengesanan Majikan (Ops Kesan) dimulakan pada 2009 hingga 30 Jun tahun ini.

Ketua Eksekutif Perkeso, Datuk Seri Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, dalam tempoh yang sama sebanyak 12,392 kes telah diambil tindakan pendakwaan atas pelbagai kesalahan.

Daripada jumlah itu, sebanyak 4,019 kes atau 32.43 peratus adalah atas kesalahan gagal mendaftar perusahaan dan pekerja.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Walaupun kita telah melaksanakan Ops Kesan ini setiap tahun, Perkeso percaya masih terdapat majikan-majikan yang ada menggaji pekerja tetapi belum mendaftar terutamanya majikan-majikan yang baru menyertai industri,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengetuai program penguatkuasaan ke atas dua majikan di Bandar Sri Putra, Kajang hari ini.

Terdahulu, Mohammed Azman merasmikan pelancaran Ops Kesan Peringkat Kebangsaan kali ke-10 di Bandar Baru Bangi. 

Operasi melibatkan kira-kira 500 orang petugas bahagian penguatkuasaan Perkeso itu dijalankan serentak di seluruh negara sehingga akhir tahun ini bagi mengesan majikan yang gagal mendaftar. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×