Jangan lupa jasa pahlawan - Utusan Malaysia

Jangan lupa jasa pahlawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 31 Julai – Keamanan dinikmati Malaysia hari ini adalah bertitik-tolak daripada kesanggupan golongan pahlawan negara untuk berkorban suatu ketika dahulu.

Itu merupakan peringatan di­sampaikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menerusi rakaman video yang dimuat naik di akaun Twitter beliau bersempena dengan sambutan Hari Pahlawan hari ini.

Beliau berkata, disebabkan itu Hari Pahlawan dirayakan supaya rakyat tidak lupa peranan dimainkan mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tanpa golongan pahlawan, kata beliau, sudah tentu negara akan dibanjiri oleh ramai orang asing yang masuk secara haram dan rakyat bakal menghadapi banyak masalah.

“Selain itu, kadang-kadang ada kegiatan ganas oleh pihak tertentu. Jangan lupa bahawa pahlawan kita yang selamatkan kita daripada percubaan oleh kumpulan pengganas dulu untuk rebut kuasa di Malaysia.

“Pahlawan kita ramai yang terkorban kerana pertahankan negara. Kerana kesanggupan mereka untuk berkorban, maka negara kita selamat, kita dapat hidup dengan selamat dan majukan lagi masyarakat,” kata beliau.

Peringatan Dr. Mahathir itu di­suarakan ketika wujud kumpulan tertentu yang menganjurkan forum bertajuk `Perlukah Kita Menulis Semula Buku Teks?’ bagi membincangkan peranan komunis sebagai pejuang kemerdekaan dan sama ada pihak kerajaan perlu mengubah sejarah zaman darurat.

Menurut Dr. Mahathir, sambu­tan Hari Pahlawan akan terus mengingatkan rakyat kepada pe­ranan golongan pejuang negara.

“Dengan itu, kita harap kita akan rasa terhutang budi kepada mereka kerana kesanggupan mereka berkorban demi bangsa, agama dan negara,” jelas beliau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×