PATI jadikan negara ini pusat barang tiruan - KP Imigresen - Utusan Malaysia

PATI jadikan negara ini pusat barang tiruan – KP Imigresen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LABUAN – Pendatang asing tanpa izin (PATI) yang menjadi usahawan dalam sekelip mata menjadikan bandar di negara ini pusat jualan bagi pelbagai  barang tiruan, kata Jabatan Imigresen.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, perkara itu perlu ditangani dengan berkesan kerana penjualan barang tiruan secara terbuka memalukan dan memberi imej buruk kepada negara ini.

Pendatang yang menggunakan premis tempat mereka menjalankan perniagaan berkenaan juga didapati tidak mematuhi undang-undang kecil majlis tempatan daripada aspek kebersihan, jenis perniagaan dan pengubahsuaian yang dilakukan.

“Baru-baru ini saya menyertai datuk bandar Kuala Lumpur untuk melakukan pemeriksaan terhadap premis perniagaan dan kami dapati ada premis diubah suai secara haram untuk menjalankan pelbagai jenis perniagaan termasuk sebuah bilik kecil yang dilengkapi katil kecil bagi tujuan pelacuran,” katanya.

Mustafar berkata, operasi perlu dipertingkatkan bersama-sama majlis tempatan bagi membasmi aktiviti haram itu kerana ia menjadi penyakit masyarakat. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×