Jadi produktif dengan teknik Bullet Journal - Utusan Malaysia

Jadi produktif dengan teknik Bullet Journal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Seringkali kita men­­­jadi terlupa ten­tang sesuatu tugasan atau kusut fikiran kerana sibuk menguruskan ke­hi­dupan seharian. Satu kaedah je­­las untuk men­jadi le­bih terurus, produktif serta kuat ingatan adalah dengan merekodkan idea, fikiran, tugasan dan pengalaman harian kita sama ada dalam bentuk analog yakni menggunakan pen dan kertas mahupun bentuk digital seperti aplikasi telefon pintar atau atas talian.

Untuk tujuan tersebut, kaedah Bullet Journal yang diasaskan oleh Ryder Carroll boleh digunakan bagi meningkatkan keberkesanan tabiat merekod kita. Buku How to Bullet Plan: A Practical Guide oleh Rachel Wilkerson Miller menjelaskan serta memberi contoh bagaimana untuk melaksanakan teknik Bullet Journal.

Bullet Journal atau juga dikenali sebagai BuJo secara asasnya merupakan satu sistem bagaimana mencatat setiap perkara yang kita mahu ingati dalam satu buku nota. Maka buku nota tersebut berfungsi sebagai buku nota, diari, kalendar, senarai tugasan, rekod tabiat atau sebarang perkara yang boleh dicatatkan. Buku nota yang digunakan biasanya mengandungi kertas yang bergaris, bertitik ataupun kosong tetapi bukan yang mengandungi sebarang tulisan ber­cetak. Peng­gu­na­nya bebas un­tuk menyusun lay­out atau su­su­nan ruang dan ju­ga menghias mu­ka surat buku nota Bullet Jour­nal sen­­­diri.

Memuatkan artikel berkaitan…

Catatan

Satu ciri penting teknik ini ialah untuk sebarang rekod cata­tan khasnya yang bersifat nota, diari atau tugasan ter­dapat bentuk bullet atau peluru khas se­belum catatan ter­sebut ber­gantung ke­pada tu­juan catatan tersebut. Sebagai contoh peluru segi empat digunakan untuk catatan tugasan, peluru titik untuk nota dan peluru anak panah untuk menandakan penangguhan tugasan.

Teknik Bullet Journal juga mencadangkan penggunaan indeks atau senarai kandungan yang mengandungi tajuk dan nombor muka surat bagi memudahkan kita merujuk kembali catatan kita. Perancangan kalendar juga dicadangkan dalam BuJo yang merangkumi rekod harian, mingguan, bulanan atau sebarang tempoh masa.

Untuk mendapatkan penerangan lanjut berkenaan teknik Bullet Journal, para pembaca boleh merujuk buku yang telah dicadangkan yakni How to Bullet Plan oleh Rachel Wilkerson Miller. Selain panduan melaksanakan Bullet Journal, buku ini melampirkan contoh muka surat Bullet Journal berwarna serta idea-idea menarik yang dapat memberi inspirasi buat pembaca mengadaptasi teknik berkenaan menurut keperluan dan kreativiti sendiri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×