Padang bola bertaraf FIFA di Bandar Tun Razak - Utusan Malaysia

Padang bola bertaraf FIFA di Bandar Tun Razak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Julai – Syarikat Aset Kayamas Sdn. Bhd. akan membina sebuah padang bola bertaraf Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) di Bandar Tun Razak di sini yang akan beroperasi secara percuma.

Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad berkata, pembinaan padang bola yang dijangka siap pada awal tahun depan itu merupakan program tanggungjawab sosial korporat syarikat berkenaan selepas mengambil kira keperluan sebuah padang bola di kawasan berkenaan.

“Kemudahan itu akan dibuka secara percuma kepada penduduk namun pengurusannya akan diputuskan kemudian sama ada akan diserahkan kepada persatuan penduduk atau tidak. Jadi, selepas itu terpulang kepada mereka jika ingin mengenakan bayaran.

“Sumber kewangan diperlukan bagi menyelenggara kemudahan tersebut. Oleh itu, orang awam dinasihatkan agar menjaga padang bola ini dengan baik,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan majlis pecah tanah padang bola sepak baharu Bandar Tun Razak hari ini.

Yang turut hadir, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×