Pas cadang menghadap Pemangku Raja Pahang usul Jumaat cuti mingguan - Utusan Malaysia

Pas cadang menghadap Pemangku Raja Pahang usul Jumaat cuti mingguan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 27 Julai – Pas bercadang menghadap Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dalam masa terdekat bagi mengemukakan usul supaya Jumaat dijadikan hari cuti mingguan untuk negeri ini.

Pas cadang menghadap Pemangku Pahang usul Jumaat cuti mingguan
Rosli Abdul Jabar

Pesuruhjaya Pas negeri, Rosli Abdul Jabar berkata, pendekatan itu bakal dibuat sekiranya usul yang dibentangkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Selasa lalu ditolak.

“Kami menghormati setiap hujah yang dikemukakan sama ada daripada wakil DAP atau Barisan Nasional (BN) namun hasrat itu tetap akan diteruskan.

“Usul yang dikemukakan ini juga adalah daripada suara rakyat dan kami akan berusaha mendapatkan tandatangan orang ramai sebagai tanda sokongan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×