Mesyuarat ditangguh antara isu sidang Dewan Rakyat minggu ini - Utusan Malaysia

Mesyuarat ditangguh antara isu sidang Dewan Rakyat minggu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Insiden sidang Dewan Rakyat ditangguh susulan tidak cukup korum pada Selasa lepas menjadi antara topik tumpuan pada minggu kedua Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-14.

Ia berlaku sebaik mesyuarat disambung semula selepas rehat tengah hari pada pukul 2.30 petang, apabila Datuk Alexander Nanta Linggi (PBB-Kapit) bangun menggunakan Peraturan Mesyuarat dan membangkitkan mengenai mesyuarat tidak cukup korum.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof kemudian mengarahkan persidangan itu ditangguhkan dua minit sehingga korum mencukupi untuk meneruskan sidang sesi petang.

Mengikut Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat 13(1), cukup bilang (kuorum) bagi Majlis Mesyuarat dan Jawatankuasa sebuah Majlis Mesyuarat hendaklah mengandungi 26 orang ahli yang tidak termasuk Pengerusi.

Walaupun penangguhan itu hanya seketika, namun ia mengundang pelbagai reaksi mengenainya sehinggakan ada pihak yang mencadangkan pemotongan elaun bulanan Ahli Parlimen yang tidak hadir sidang Dewan Rakyat. – Bernama  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×