DBKL perlu pantau lot parkir - Utusan Malaysia

DBKL perlu pantau lot parkir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

LOT parkir yang terhad dan tidak mencukupi di sekitar ibu negara menyebabkan ramai warga kota berebut-rebut untuk meletakkan kenderaan mereka.

Apa yang dapat diperhatikan, terdapat pihak tertentu atau pekedai yang mengambil kesempatan dengan meletakkan tanda seperti kon dan sebagainya di lot tertentu seolah-olah menunjukkan lot parkir berkenaan dikhaskan untuk mereka.

Persoalannya, orang ramai memang mengetahui bahawa hanya lot parkir tertentu sahaja dibenarkan berbuat demikan seperti diwarnakan garisan merah.

Namun, sikap tidak bertanggungjawab pekedai atau pengusaha bengkel kenderaan telah mengambil kesempatan dengan meletakkan penghadang di lot parkir tertentu.

Saya minta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memantau perkara ini. Jalankan pemerhatian dan bertindaklah dengan tegas, janganlah biarkan pihak tidak bertanggungjawab bermaharajalela.

Jika keadaan ini terus berlaku, kelak mungkin akan menyebabkan pergaduhan. Semuanya akibat sikap tidak bertanggungjawab dan juga disebabkan tiada tindakan tegas daripada DBKL. Perlu diingat bahawa tindakan meletakan tanda seolah-olah lot parkir itu dikhaskan untuk mereka turut berlaku di kawasan penginapan seperti flat dan sebagainya.

WARGA KOTA TULEN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×