PH lantik ketua penyokong atasi masalah kehadiran - Utusan Malaysia

PH lantik ketua penyokong atasi masalah kehadiran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Julai – Ketua penyokong kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan dilantik bagi memastikan kuorum sentiasa mencukupi dalam sidang Dewan Rakyat.

PH lantik ketua penyokong atasi masalah kehadiran
PH lantik ketua penyokong atasi masalah kehadiran

Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad berkata, soal menentukan kuorum mencukupi adalah tanggungjawab ketua penyokong kerajaan.

“Pembangkang mahu bermain politik dan sengaja menunjukkan tidak cukup kuorum, sedangkan perkara itu berlaku termasuk melibatkan ahli Parlimen pembangkang juga.

“Ketua penyokong kerajaan akan ditentukan dalam mesyuarat Majlis Presiden PH namun buat sementara ketua-ketua whip parti akan berbincang terlebih dahulu tentang wakil bagi menjalankan tugas tersebut” kata Ahli Parlimen Shah Alam itu kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Semalam, sidang Dewan Rakyat yang sepatutnya disambung semula selepas waktu rehat pukul 2.30 petang terpaksa ditangguhkan sebentar kerana tidak cukup kuorum. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×