Parlimen: Kutipan Tabung Harapan cecah hampir RM162 juta - Utusan Malaysia

Parlimen: Kutipan Tabung Harapan cecah hampir RM162 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR- Kutipan Tabung Harapan Malaysia (Tabung Harapan) mencecah hampir RM162 juta setakat pukul 3 petang kelmarin selepas dilancarkan sejak 30 Mei lalu.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir. Amiruddin Hamzah berkata, penderma yang menghulurkan sumbangan terdiri daripada individu perseorangan dan syarikat berbilang kaum dari dalam serta luar negara.

“Setakat ini sebanyak 289,002 orang penderma telah direkodkan dan daripada jumlah itu kira-kira 189,087 melakukan sumbangan menerusi transaksi secara dalam talian.

“Mengikut pecahan, sebanyak 99,604 penderma membuat transaksi pada bulan Mei manakala bagi bulan Jun dan Julai masing-masing berjumlah 80,482 serta 9,001 orang,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat di sini tadi.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang) yang mahu mengetahui jumlah kutipan Tabung Harapan dan bilangan penderma yang memberikan sumbangan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×