PPKKL tawar lembu korban berpatutan - Utusan Malaysia

PPKKL tawar lembu korban berpatutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Julai – Sempena menyambut ketibaan Hari Raya Aidiladha, Pertubuhan Peladang Kawasan Kuala Langat (PPKKL) menawarkan lembu pada harga murah serendah RM4,000 seekor bagi tujuan ibadah korban.

Ahmad Firdaus Abdul Halim
Ahmad Firdaus Abdul Halim

Timbalan Pengurus Besarnya, Ahmad Firdaus Abdul Halim berkata, selain menawarkan harga berpatutan, paling utama urus niaga pembelian lembu daripada pihaknya lebih terjamin dan telus menerusi sistem penandaan.

“Ini bermakna mana-mana lembu yang dipilih dan dikehendaki oleh pembeli tidak akan ditukar, seperti mana kebanyakan kes menimpa pembeli sebelum ini di mana penjual bertindak menukar lembu ketika penghantaran.

“Malah lembu yang ditawarkan adalah daripada baka berkualiti, harga ditawarkan adalah serendah RM4,000 hingga RM5,000 bergantung kepada saiz dan berat,” katanya.

Tambah Ahmad Firdaus, pihaknya tidak mengenakan sebarang caj penghantaran bagi pembelian lembu dalam kawasan Selangor.

“Penghantaran adalah percuma, untuk tempahan dan sebarang pertanyaan boleh menghubungi di talian 019-3746179,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×