Kenaikan harga barang selepas SST dijangka tidak seteruk GST - Utusan Malaysia

Kenaikan harga barang selepas SST dijangka tidak seteruk GST

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menjangkakan kenaikan harga barang selepas pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) tidak seteruk semasa penguatkuasaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Timbalan Menterinya, Chong Chieng Jen berkata, semasa pelaksanaan GST, rakyat membayar cukai berjumlah RM44 bilion kepada kerajaan berbanding anggaran kira-kira RM20 bilion yang akan dikutip menerusi SST.

“Itu bermaksud bahawa rakyat di bawah sistem SST akan membayar kurang cukai sebanyak RM24 bilion kepada kerajaan.

“Oleh itu, saya rasa walaupun (pelaksanaan SST) ada beri kesan ke atas sesetengah harga barangan tetapi ia (SST) tidak akan seteruk beban kos sara hidup semasa kita bawah sistem GST,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau sebelum itu merasmikan ‘1st Step Student Entrepreneurship Programme’ di Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru anjuran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), di sini hari ini. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×