Kutipan SST lebih rendah bantu ringan kos hidup - Utusan Malaysia

Kutipan SST lebih rendah bantu ringan kos hidup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 23 Julai – Jumlah kutipan kerajaan menerusi cukai jualan dan perkhidmatan (SST) adalah kurang berbanding cukai barang dan perkhidmatan (GST), sekali gus dilihat mampu mengurangkan beban kos hidup rakyat.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen berkata, ini kerana jumlah kutipan cukai menerusi SST hanya RM20 bilion setahun berbanding RM44 bilion menerusi GST.

“Rakyat di bawah (sistem) SST bayar cukai kurang RM24 bilion kepada kerajaan berbanding GST.

“Memang ia akan beri sesetengah kesan kepada (harga) barangan, namun tidak seteruk beban kos sara hidup rakyat semasa di bawah sistem GST,” katanya ketika ditanya tentang pelaksanaan SST yang akan menggantikan GST.

Beliau berkata demikian selepas menutup siri kelima jelajah Program Keusahawanan Pelajar: Langkah Pertama di Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×