Kementerian kawal Mara diputuskan sebelum 100 hari janji PH berakhir - Utusan Malaysia

Kementerian kawal Mara diputuskan sebelum 100 hari janji PH berakhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kerajaan dijangka  membuat keputusan mengenai kementerian yang akan bertanggungjawab terhadap Majlis Amanah Rakyat sebelum tempoh 100 hari janji Pakatan Harapan berakhir, kata Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd. Redzuan Md Yusof.

Katanya, pada masa ini perkara itu masih dibincangkan di peringkat kabinet.

“Kalau ikut kerajaan yang lepas Mara diletakkan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah tetapi dengan kerajaan baharu ini kita nampak apa yang dibubarkan pada 2009 mungkin kita akan wujudkan kembali,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke ibu pejabat Mara di sini hari ini. 

Untuk rekod, Mara pernah diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi sebelum kementerian itu dibubarkan pada 2009.

Ditanya mengenai visi beliau sekiranya agensi itu kembali diletakkan di bawah kementeriannya, Mohd. Redzuan berkata, tiada perubahan besar akan dilakukan kecuali penambahbaikan serta pembaikan kelemahan pada polisi sedia ada. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×