Malaysia dan Indonesia komited selesaikan segera isu persempadanan - Utusan Malaysia

Malaysia dan Indonesia komited selesaikan segera isu persempadanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA – Malaysia dan Indonesia sepakat untuk memberi keutamaan dan mempertingkatkan usaha penyelesaian  berbagai polemik persempadanan termasuk isu tuntutan wilayah maritim  antara kedua negara dengan segera.

Komitmen itu dinyatakan oleh Menteri Luar Malaysia, Datuk Saifuddin Abdullah dan rakan sejawatannya dari Indonesia, Retno Marsudi dalam sidang akhbar bersama selepas mengadakan dialog dua hala di sini hari ini.

“Isu berkaitan persempadanan ini (kawasan sempadan tertentu di laut dan darat) akan kita selesaikan satu persatu dan akan disegerakan,” kata Saifuddin yang sedang dalam rangka lawatan kerja ke Indonesia sejak Sabtu lalu.

Beliau yakin hubungan akrab kedua-dua negara akan memudahkan penyelesaian terhadap apa jua permasalahan yang dihadapi kedua-dua negara.

“Saya dan ibu Retno (Menteri Luar Indonesia)  juga kini sudah saling ber “whatsapps”,” kata Saifuddin yang baru menjawat jawatan itu 2 Julai lepas. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×