Seorang lagi ‘kembar’ seiras Syafiq Kyle dikesan - Utusan Malaysia

Seorang lagi ‘kembar’ seiras Syafiq Kyle dikesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Julai – Baru-baru ini tular foto seorang jejaka, Zukhairi Zulkifli berasal dari Terengganu yang dikatakan menyerupai wajah pelakon popular Syafiq Kyle, 26, setelah Abby Abadi memuat naik sekeping gambar di laman Instagram miliknya.

Tidak sampai beberapa jam selepas itu, muncul seorang lagi pelanduk dua serupa iaitu Harris Keifli, 21, dikatakan memiliki raut wajah paling iras dengan aktor drama Nur tersebut.

Bahkan, tidak keterlaluan apabila ada netizen mengatakan Harris yang berasal dari Bandar Sri Permaisuri, Cheras di sini seolah-olah mempunyai pertalian darah dengan Syafiq.

“Air muka Harris dan Syafiq nampak macam adik-beradik. Mungkin dia lagi sesuai diberi peluang membawakan watak Amirul dalam drama Nur jika dikesan lebih awal kerana terlalu seiras,” memetik salah satu komen netizen.

Malah, ada juga yang mencadangkan agar produksi penerbitan siri Nur mempertimbangkan agar Harris diberi ruang untuk membintangi sekuel drama tersebut yang bakal memulakan penggambaran tidak lama lagi.

Terdahulu, pada Jun lalu, kelab peminat Skylovers pernah mengundang Harris untuk menjayakan majlis sambutan ulang tahun kelahiran aktor kacak itu.

Harris merupakan penuntut Kolej Mara dalam jurusan Diploma Sistem Komputer dan Rangkaian yang sedang menunggu hari konvokesyennya pada hujung tahun ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×