Malaysia kutuk pelaksanaan undang-undang negara bangsa Yahudi - Utusan Malaysia

Malaysia kutuk pelaksanaan undang-undang negara bangsa Yahudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya pelaksanaan undang-undang negara bangsa Yahudi oleh Parlimen Israel pada 19 Julai. 

Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan hari ini menyebut, bahawa Malaysia menggesa komuniti antarabangsa agar mengambil tindakan segera meminta Israel membatalkan undang-undang dan dasar kejam dan perkauman itu.

“Tindakan Israel akan hanya menyulitkan dan mengganggu usaha ke arah mencapai keadilan dan penyelesaian jitu terhadap konflik Palestin,” menurut kenyataan itu.

Menurut Wisma Putra, undang-undang itu yang mendapat 60 undi sokong dan 55 undi menolak, mendakwa bahawa tanah Israel itu sebagai tanahair bersejarah bagi orang Yahudi dan berhak melaksana penetapan sendiri untuk penduduknya.

Undang-undang itu juga mengisytihar Hebrew sebagai bahasa rasmi dan merendahkan bahasa Arab hanya untuk “status tertentu”, menurut kenyataan itu. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×