Gaji minimum RM1,500 bukan janji 100 hari PH - Utusan Malaysia

Gaji minimum RM1,500 bukan janji 100 hari PH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR 22 Julai – Pelaksanaan gaji minimum berjumlah RM1,500 seperti dijanjikan Pakatan Harapan (PH) dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang lalu bukanlah untuk dilaksanakan dalam tempoh terdekat atau 100 hari sebaliknya dijangka akan dicapai dalam masa lima tahun pentadbiran kerajaan baharu ini.

MAHFUZ OMAR
MAHFUZ OMAR

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar berkata, perkara itu perlu diperjelaskan dengan semakan berhubung perkara itu sememangnya dilakukan  Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) sekurang-kurangnya sekali setiap dua tahun.

“Buat masa sekarang memang ada kajian dilakukan MPGN dan perkara itu akan dikemukakan ke Kabinet untuk diputuskan.

“Komitmen kerajaan ke arah itu memang ada namun perlu difahami, bukan dalam tempoh 100 hari dan bukan juga pada penghujung tahun ini yang perlu ditetapkan gaji minimum RM1,500 itu,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) kepada Salehah Che Pi, 54, iaitu balu kepada Johari Zakaria, 60, yang meninggal dunia pada 17 Julai lalu akibat terkena runtuhan dinding dan sebahagian bumbung tempat kerjanya ketika ribut di Jalan Gunung Keriang dekat sini.

Bermula Ogos depan, Salehah yang tidak bekerja akan menerima bayaran pencen bulanan berjumlah RM550 sebulan hasil caruman dilakukan majikan arwah suaminya itu selama ini.-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×