Soon Huat, Shevon ke separuh akhir Terbuka Singapura - Utusan Malaysia

Soon Huat, Shevon ke separuh akhir Terbuka Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA 20 Julai – Beregu campuran Malaysia, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai mudah menempah tiket separuh akhir selepas menewaskan gandingan Indonesia dalam suku akhir kejohanan badminton Terbuka Singapura, di sini, hari ini.

Beregu campuran No. 2 negara itu mencatat kemenangan mudah 21-17, 21-13 ke atas Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari pada pertarungan selama 33 minit di Stadium Tertutup Singapura di sini.

Soon Huat-Jemie Lai, pilihan kedua kejohanan akan berdepan wakil Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai di separuh akhir esok.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pasangan Thailand itu mara ke separuh akhir selepas terpaksa berhempas pulas selama 52 minit sebelum mengalahkan gandingan Hong Kong, Chang Tak Ching-Ng Wing Yung 18-21, 21-8, 21-16.

Dalam satu lagi aksi separuh akhir beregu campuran, pilihan utama dari Indonesia, Tontowi Ahmad-Liliyana Natsir akan berdepan pasangan senegara, AKhbar Bintang Chayono-Winny Oktavina Kandow.

Tontowi-Liliyana hanya memerlukan masa 31 minit untuk meneruskan buruan gelaran apabila menyingkirkan pilihan ketujuh, Reginald Lee-Chau Hoi Wah dari Hong Kong 21-16, 21-15.

Akhbar-Winny pula menyingkirkan gandingan Taiwan, Liao Min Chun-Chen Hsiao Huan 21-10, 21-13 dalam masa 25 minit pada satu lagi aksi suku akhir.

Sementara itu, wakil tunggal negara dalam acara perseorangan lelaki, Chong Wei Feng gagal meneruskan cabaran pada kejohanan bernilai AS$355,000 (RM1.44 juta) itu apabila tunduk kepada pemain China, Qiao Bin 14-21, 18-21.

Beregu lelaki negara, Mohamad Arif Latif-Nur Mohd. Azriyn Ayub pula tewas kepada beregu China,Ou Xuanyi-Xiangyu Ren 21-9, 16-21, 15-21 dalam masa 45 minit. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini